Thursday, May 31, 2012

Irshad Manji


Oleh : Ustaz Hasrizal
Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu.
Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini.
Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama.
Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet.
Pendapat-pendapat Irshad Manji menyalahi segala usul Aqidah saya. Pendapatnya meruntuhkan banyak struktur utama beragama, walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk meruntuhkan struktur institusi agama.
Sebagai Muslim saya menolak kepercayaan Irshad Manji.
Sebagai Muslim juga, saya mahu tahu mengapa kepercayaannya begitu?
Catatan ini bukanlah pendapat muktamad saya mengenai beliau dan ideanya. Ia hanya nota untuk diri saya menjelaskan apa yang berada di fikiran dan masih terbuka kepada kesimpulan-kesimpulan yang seterusnya.
MENETAPKAN SISI PANDANG
Bagi sesetengah kita, isu Irshad Manji hanyalah satu lagi intellectual discourse untuk dijadikan hidangan debat yang menjadi kegemaran kita. Tetapi saya melihat isu beliau dari sudut pandang seorang suami, bapa, ustaz, guru dan pemimpin. Ia mengkehendaki diri saya menilai perbuatan saya sebelum, semasa dan selepas ini, apakah ada tindak tanduk yang menyumbang kepada lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.
Pihak berwajib menjalankan SOP mereka pada mengharamkan buku-buku Irshad Manji. Tetapi dengan ebook, pdf dan dunia internet yang tidak terbatas, segalanya tentang Irshad Manji kekal berada di hujung jari.
Tanggungjawab memahami masalah dan menghadapinya melalui saluran pendidikan, tidak dapat saya abaikan.
Saya mungkin berbunyi tidak cukup sarjana melalui sisi pandang sebegini, tetapi matlamat saya adalah mencari keselamatan Dunia dan Akhirat, bukan mengagungkan analytic philosophybahawa membuktikan Irshad Manji salah, menjadikan saya betul.
SISI EMOSIONAL
Apabila saya mengajak rakan-rakan untuk meninjau sisi Male Chauvinism dalam memahami mesej Irshad Manji, ia bukan alasan atau satu format escapism.
Satu amalan biasa apabila kita membaca pemikiran seseorang, kita akan membaca biografinya. Sama ada dia itu Barrack Obama, Adam Smith, Einstein, Muhammad bin Abdullah mahu pun Irshad Manji. Tujuan kita membaca biografi, adalah untuk memahami, sejauh manakahpengalaman hidup seseorang mempengaruhi kecenderungannya dalam memahami sesuatu.
Teks adalah sesuatu.
Konteks adalah sesuatu.
Kefahaman adalah sesuatu.
Menghubungkan teks dengan konteks untuk menghasilkan kefahaman, banyak dipengaruhi oleh pengalaman sebagai salah satu input dirinya.
Apabila saya menyebut Irshad Manji sebagai ‘mangsa’ Male Chauvinism, ia adalah kerana empati saya yang mahu Irshad Manji lebih difahami oleh kita semua. Lihat sahaja komen-komen di Malaysiakini.Com. Ada yang memaki hamun, mempertikaikan dia memakai tudung atau tidak, malah mengejeknya dengan pelbagai gelaran. Malah ada yang berpendapat tidak perlu berhujah langsung kerana Irshad Manji tidak mempunyai sebarang nilai. Komen-komen itu tidak mengukuhkan Islam malah menyebabkan golongan Religious Scepticists semakin yakin bahawa ‘structured doubt’mereka itu berasas.
Pendekatan Irshad Manji, mempunyai unsur ‘Tajdid’ iaitu mahu membebaskan Muslim daripadaInstitutionalized Islam. Tetapi versi yang dibawanya amat keterlaluan. Di dalam Islam, apabila ada unsur keterlaluan, biasanya di sebalik rasional ada emosional. Maka kalau rasional dibahas tanpa mengambil kira unsur emosional, kita akan berpusing-pusing pada presenting problem tanpa menyentuh langsung real problem.
‘MANGSA KELELAKIAN LELAKI’
Selalunya, seseorang yang berpemikiran seperti Irshad Manji ini mempunyai pengalaman pahit dengan lelaki. Sama ada lelaki itu adalah bapa yang abusive, suami yang mengecewakan, ustaz-ustaz yang menyakiti, hinggalah kepada ulama’ tafsir yang disyaki ‘gender bias’.
Ia mempengaruhi paradigma hidupnya hingga semua yang ditentangnya mempunyai unsur lelaki.
Sama ada ulama lelaki, ustaz lelaki, musuh lelaki, kekasih lelaki… kelelakian itu wujud secarasubliminal di belakang mindanya.
Agama kelihatan hodoh di matanya kerana unsur male chauvinism.
Male Chauvinism adalah satu fitnah besar ke atas umat Islam kerana ia melahirkan manusia-manusia seperti Irshad Manji. Saya mengambil kes Irshad Manji ini sebagai peringatan kepada diri agar mempunyai empati yang lebih baik semasa berbicara tentang tanggungjawab-tanggungjawab beragama kepada bermasyarakat. Adakalanya kita boleh terlupa bahawa kita sedang berbicara dalam bahasa seorang LELAKI beragama Islam dan bukannya MUSLIM.
Orang Religious Scepticist seperti ini, hujah INTELEKTUAL sukar dibalas dengan INTELEKTUAL. Ia hanya menambah ego. INTELEKTUAL beliau perlu dibalas dengan EMOTIONAL.
“Are you a happy human?”
Soalan untuk Irshad Manji jawab sebelum tidur di atas katilnya sendiri.
SENJATA MAKAN TUAN
Saranan saya pada mengajak masyarakat mempertimbangkan latar belakang sosial dan emosional Irshad Manji, adalah agar pendapatnya tidak ditolak secara semberono. Namun Si Wartawan Malaysiakini ‘menuduh’ saya dengan tuduhan yang bukan-bukan walaupun dia sendiri mendakwa dirinya hanya melaporkan hasil temuramah, tanpa sebarang tanggungjawab untuk membela atau menentang Irshad Manji.
Namun saya berlapang dada.
PRE CONCEIVED IDEA
Mungkin golongan ‘Muslim Progresif’ begitu yakin dengan pre conceived idea mereka bahawa lebai kampung seperti saya ini tipikal.
Mereka mungkin (sekali lagi mungkin) tidak sedar bahawa ramai sahaja lebai kampung ini yang membaca buku falsafah, cakap omputeh dan selesa makan Ribeye Steak. Kepala lebai kampung saya ini mungkin berbalut ‘tuala’, tetapi progresifnya minda tidak dijamin oleh kepala yang tidak bersarung!
Mereka itu sahaja yang mungkin belum habis-habis mengaji Muqaddam Muslim Weltanschauung!
Bukan menyombong, tetapi sukar merendah diri di ‘medan perang’.
IRSHAD MANJI MUNGKIN TIDAK PENTING
Bagi sesetengah kita, nama Irshad Manji mungkin hanya salah satu nama yang keluar entah dari mana, singgah ke telinga, yang boleh ‘dibuat bodoh’ sahaja.
Tetapi Irshad Manji adalah suara besar di pesada antarabangsa.
Dia mungkin tidak penting.
Tetapi idea yang dibawanya adalah realiti.
Idea yang mencabar structured hypocrisy (al-nifaaq al-munazzam) dalam kehidupan beragama kita.
Dan jika itu pun masih tidak mampu menjadi alasan mengapa kita perlu mengambil tahu akan hal ini, cukup saya katakan, di Mont Kiara, Subang, hatta Taiping, Kemaman dan Gua Musang pun boleh ada ramai Irshad Manji tanpa hujah dan suara!
Sesungguhnya, jika saya tidak menyayangi isteri dan anak-anak, mengherdik wanita dalam lingkungan hidup saya, berlawak lucah menjadikan maruah wanita sebagai senda gurau perbualan dan ceramah, saya mesti bertanggungjawab terhadap lahirnya Irshad Manji yang seterusnya.
MERAWAT MALE CHAUVINISM
Dalam pada itu, saya rasa bersyukur dan gembira kerana kebelakangan ini, para penceramah kita semakin selesa bercerita tentang isteri dan anak-anak secara sopan dan penuh nada positif, iaitu sesuatu yang amat jarang berlaku suatu ketika dahulu.
Ini akan sedikit demi sedikit mengembalikan kita kepada Sunnah Baginda SAW yang sangat ‘family-man’ dalam kepimpinannya, malah mencegah male chauvinism yang menghasilkan Islamo-tribalis yang tidak habis-habis dirungutkan oleh Irshad Manji, merujuk kepada budaya sesetengah kaum umat Islam yang menyembunyikan selain lelaki daripada suasana beragama awam.
Saya doakan agar golongan ‘Islamik’ bermulut cabul tidak diuji memiliki anak seperti Irshad Manji kerana jika ia lahir daripada keluarga mereka sendiri, baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.
Ittaqullah!

Saturday, May 05, 2012

Bedah Buku



Alhamdulillah...kesempatan berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini tidak dilepaskan untuk membeli buku terbaru Ustaz Hasrizal, Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu.10001 ibrah yang ana perolehi daripada buku ini..syukran ustaz kerana menyuntik nubari, mencabar minda dan emosi..moga jadi panduan mengharungi liku-liku kehidupan yang masih berbaki dan bekal menuju destinasi abadi...

Bersih 3.0 :Cerita Yang Mesti Dibaca

Ini hanya cerita rekaan....

Situasi 1:


Ada sebuah rumah terbakar. Rumah terbakar tu ada manusia. Tidak pasti agamanya apa, amalannya apa, bangsanya apa.

Seorang bukan Islam bergegas cuba menyelamatkan mereka dan memadam api. Dia menjerit-jerit suruh orang ramai datang bersama selamatkan orang. Orang ramai pun datang, dia bagaikan ketua, sambil mengarah dan merisikokan nyawa utk menyelamatkan mereka yang terperangkap.

Tiba-tiba ada seorang Muslim yang berfahaman asabiah datang :


"Mengapa kamu semua terlibat dalam misi menyelamat yang diketuai oleh seorang yang minum arak? Tahukah siapa yang kamu hendak selamatkan? Mereka mungkin bukan orang kita...."

Seorang yang Muslim yang faham agama berkata :


"Selamatkan orang dulu. Manusia yang terperangkap itu ciptaan Allah juga. Matlamat kita membantu di sini untuk menyelamatkan nyawa, bukan bersama untuk menyokong orang minum arak? Apa gunanya orang yang tidak minum arak tapi tidak tahu membantu orang yang dalam kesusahan?”


Situasi 2:


Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara orang Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah orang Islam.

Selama 4 dekad, team A yang kaya dan selalu menang - walaupun diketuai orang Islam, mereka sanggup menang dengan cara merasuah pengadil, menindas team B dengan menghalang peruntukan yang sepatutnya sampai ke team B, yang semuanya Islam.

Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.

Selama ini, penonton ditindas kerana membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yang memihak pada team A.

Team B sedar, bahawa ia perlukan bantuan utk menewaskan team A yang bermain secara kotor. Team B mula bergabung dengan pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yang adil untuk melawan team A.

Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dengan penipuan.

Orang yang berfahaman asabiah penyokong team A berkata:

"Mengapa team B sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam utk mengalahkan team A yang diketuai orang Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dengan team A? Jika team B bekerjasama dengan team A, makan orang bukan Islam dalam team B tak boleh menang."

Orang ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menang team B dengan cara kotor.

Orang yang betul memahami agama pula berkata:

"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, kerana mereka sebagai pembeli tiket tidak dapat menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dapat melihat dua pasukan yang sama kuat bersaing dengan adil utk memajukan sukan bola utk negara.

Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dengan team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yang mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dengan team A yang ingin menang dengan cara yang kotor. Takkan team B nak bersekongkol dengan orang yang menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B?

Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."

Kini, wujud pula satu kumpulan C, yang cuba menghalau pengadil yang dibeli. Seperti situasi 1, team A yang ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dengan team C yang diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.

Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

----------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Saturday, April 21, 2012

Bagaimana Menambah Nikmat Allah


Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmatNya ke atas hambaNya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau tidak menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."

Merealisasikan Misi Dakwah

"Manusia di muka bumi ini mempunyai misi yang jelas dan pasti iaitu misi yang merupakan tujuan asasi di mana ia diciptakan di atasnya.

Ada tiga (3) misi yang bersifat "Pemberian dari Allah" yang mesti dipikul oleh manusia :

1. Misi utama untuk beribadah.

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu". (QS Az-Zariaat : 56)

2. Misi fungsi sebagai khalifah.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS Al Baqarah : 30)
3. Misi pengoperasian untuk memakmurkan bumi Allah.



"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunanNya, kemudian bertaubatlah kepadaNya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmatNya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." (QS Hud : 61)
Namun keberlangsungan dan kelestarian misi ini hanya akan dapat direalisasikan secara benar apabila manusia mahu mendengar dan mentaati risalah yang di bawa oleh para Rasul.

Namun secara haikikinya, tidak semua manusia mengikuti dan menerima seruan para Rasul, bahkan sebahagian besar dari manusia ini mendustakan dan mengingkari risalah Ilahiyah yang dibawa oleh mereka.

Allah swt berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): `Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu', maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (QS An-Nahl: 36)
Maka, manusia yang mampu menterjemahkan tiga misi tersebut ke dalam bahasa :

a. Lisan.
b. Sikap.
c. Tindakan.

adalah manusia yang beriman kepada Allah swt.

Manusia yang sentiasa menyahut seruan dan perancangan rabbani dengan hanya mengucapkan kalimat ini :

"sami'naa wa atho'naa" iaitu "kami dengar dan kami taat".

Inilah syi'ar kehidupan manusia qur'ani dan rabbani iaitu hamba-hamba Allah yang akan dijanjikan kepada mereka "kekuasaan" di bumiNya.

Allah swt berfirman :

"Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul mengadili di antara mereka ialah ucapan "Kami mendengar dan kami patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS An-Nur : 51)
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan merubah (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (QS An-Nur : 55)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahwa umat Islamlah yang diberi beban amanah Ilahiyah dan yang sanggup melaksanakannya dalam seluruh dimensi kehidupan.

Maka umat Islamlah yang sepatutnya :

1. Memimpin dunia.
2. Berkewajiban mengajarkan manusia tentang sistem ilahiah.
3. Membimbing manusia untuk melakukan penerapan sistem Islam dalam kehidupan secara sepenuhnya sehingga mereka benar-benar mampu keluar dari kegelapan jahiliah menuju cahaya Islam.

Renungkan apa yang telah dikatakan oleh seorang Panglima tentera Islam, Rub'ie bin Amir kepada Rustum, panglima Parsi dalam perang Qadisiyah, ketika ia bertanya :

"Gerangan apakah yang membuatkan Kamu datang ke negeri kami?"

Lalu ia menjawab dengan kalimat ini :

"Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia yang dikehendakiNya dari penghambaan hamba menuju pengabdian kepada Allah semata-mata, dari kesempitan dunia menuju keluasan dunia dan akhirat dan dari kezaliman agama-agama menuju keadilan Islam."

Oleh kerana itu, tugas ini bukanlah tugas yang ringan dan bersifat juzi'yyah atau sampingan tanpa disusuli dengan usaha-usaha yang maksima.

Namun tugas atau dakwah ini merupakan urusan yang besar dan agung iaitu urusan yang berkaitan dengan :

a. Pembentukan Syakshiah Islamiyah.
b. Kelestarian sistem-sistem Ilahiyah.
c. Kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Sayyid Qutb mengatakan dalam tafsirnya Fii Zhilaalil Qur'an :

"Barangsiapa menganggap ringan kewajiban (dakwah) ini, padahal ia merupakan kewajiban yang dapat mematahkan tulang punggung dan membuatkan orang gementar, maka ia tidak mampu melaksanakan secara berterusan kecuali atas pertolongan Allah. Ia tidak akan mampu memikul dakwah kecuali atas bantuan Allah swt dan tidak akan mampu teguh di atasnya kecuali dengan keikhlasan padaNya. Orang yang berada di jalan ini siangnya berpuasa, malamnya qiyam (solat) dan ucapannya penuh dengan zikir. Sungguh hidup dan matinya hanya untuk Allah Rabbal Alamin, yang tiada sekutu bagiNya."

Bagi menjayakan amanah yang agung ini, diperlukan manusia-manusia yang memiliki:

1. Iman yang kuat.
2. Keikhlasan yang tidak dicemari hawa nafsu.
3. Semangat yang membara.
4. Pengorbanan.
5. Amal yang berterusan.

sehingga nilai-nilai kebenaran Islam yang terdapat dalam kafilah dakwah benar-benar direalisasikan dan dapat dirasakan oleh semua manusia.

Imam Hasan Al-Banna dalam "Risalah kepada pemuda" berkata :

"Sungguh, fikrah ini boleh berjaya apabila ada iman yang kuat, keikhlasan yang penuh di jalannya, semangat yang membara dan adanya persiapan yang melahirkan pengorbanan dan amal untuk merealisasikannya. Dan hampir-hampir empat tiang penyangga ini (iman, ikhlas, semangat dan amal) merupakan karakteristik bagi para pemuda. Ini adalah kerana :
a. Asas keimanan adalah nurani yang menyala.
b. Asas keikhlasan adalah hati yang bertaqwa.
c. Asas semangat adalah perasaan yang menggelora.
d. Asas amal adalah kemahuan yang kuat."

KEPENTINGAN BERDAKWAH

Berdakwah adalah suatu tugas yang bertujuan dan berorientasi kepada :

1. Perbaikan individu muslim.
2. Pembentukan keluarga muslim.
3. Pembinaan masyarakat Islam.
4. Pembebasan tanah air dari penguasaan asing.
5. Pengishlahan pemerintah agar menjadi pemerintahan Islam yang sentiasa memperhatikan kemaslahatan umat.
6. Menjadi "ustaziatul `alam" (pelopor dunia).

yang juga merupakan penerusan dari risalah para Nabi dan Rasul di mana setiap Rasul berkewajiban mendakwahkan apa-apa yang telah diterimanya sebagai wahyu dari Allah kepada umatnya. Ia mesti menyampaikan risalah Ilahiyah ini dengan penuh :

a. Amanah.
b. Kejujuran.
c. Kecerdasan.
d. Kesabaran.

di tengah-tengah masyarakatnya.

Allah swt berfirman :

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):"Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (QS An-Nahl : 36)

"Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi". (QS Al-Ahzab : 45-46)

Berdakwah juga merupakan kewajiban syar'ie yang mesti dilakukan oleh setiap umat Islam berdasarkan beberapa dalil berikut ini :

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung". (QS Ali Imran : 104)
Ayat ini secara jelas menunjukkan wajibnya berdakwah, kerana ada "lam amr" pada kalimat "wal takun".

Begitu juga Rasulullah saw bersabda :

"Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat."

Hadits ini secara eksplisit mengisyaratkan bahwa setiap muslim mesti menyampaikan apa-apa yang telah di bawa oleh Rasulullah saw kepada seluruh manusia, walaupun hanya satu ayat ataupun satu hadits.

"Mengapa orang-orang alim mereka, pendita-pendita mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu." (QS Al-Maidah : 63)
Ibnu Jarir at-Thabari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa ia berkata :

"Tidak ada di dalam Al-Qur'an suatu ayat yang lebih keras mengolok-olok daripada ayat ini." (Tafsir Ibnu Jarir).

Sedangkan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Ya'mar, ia berkata :

"Ali bin Abi Thalib pernah berkhutbah, setelah memuji Allah dan menyanjungNya, ia berkata ;

"Wahai manusia, sesungguhnya umat sebelum kamu itu hancur disebabkan mereka berbuat maksiat sedangkan orang-orang alim dan para pendita mereka tidak melarangnya sampai akhirnya ditimpa siksa di saat mereka terus menerus asyik dalam kemaksiatannya. Oleh kerana itu, perintahkanlah mereka untuk berbuat ma'ruf dan cegahlah mereka dari kemungkaran sebelum turun azab seperti yang turun kepada mereka. Ketahuilah bahwasanya amar ma'ruf dan nahi mungkar itu tidak akan memutuskan rezeki dan tidak pula mendekatkan ajal." (Tafsir Ibnu
Katsir)

Berkaitan dengan masalah ini, Allah juga menggambarkan fenomena masyarakat mu'min yang sentiasa melakukan kerjasama dan amar ma'ruf nahi munkar di antara mereka.

Allah swt berfirman :

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS At-Taubah : 71)
Sebagaimana dakwah itu merupakan kewajiban syar'ie, ia juga merupakan keperluan masyarakat kerana hanya dengan dakwahlah :

a. Masyarakat mampu memahami nilai-nilai kebenaran Islam.
b. Mampu membezakan antara yang hak dan yang batil.
c. Mereka dapat melaksanakan ajaran Islam ini melalui sentuhan lembut tangan para pendakwah yang bijak, para penunjuk jalan yang teguh dan para mubaligh yang sabar.

Dakwah merupakan :

1. Muara segala kebaikan.
2. Benteng penangkal siksa.
3. Jentera yang menghantarkan doa para hamba naik ke langit kepada Rabbnya.

Rasulullah saw bersabda :

"Demi Zat yang mana jiwaku ada pada TanganNya, sungguh kamu mesti melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar atau Allah akan menimpakan kepada kamu azab, kemudian kamu berdoa maka doa itu tidak akan dikabulkan." (HR Tirmizi)

Jadi, jelaslah bahwasanya setiap muslim yang sedar dengan identitinya, ia mesti mengambil bahagian dalam memikul amanah dakwah ini.
Apalagi kalau di kalangan kita sebagai pemuda atau orang tua yang berjiwa muda, ia mesti bersikap dinamik membangun jaringan dakwah dan pro-aktif untuk ikut serta memperbaiki masyarakatnya.

Imam Syafi'ie dalam antologi puisinya berkata :

"Siapa yang tidak mahu ta'lim (dakwah / membina) pada masa mudanya, maka takbirkan kepadanya empat kali takbir. Kerana ia telah mati (sebelum ia mati)."

Begitu juga Imam Hasan Al-Banna menginginkan manusia-manusia yang kuat dari kalangan pemuda atau orang tua yang berjiwa muda sahaja dalam memikul amanah dakwah yang berat ini.

Dalam risalah "Dakwah kami di era baru" beliau berkata :

"Kami menginginkan :

a. Jiwa-jiwa yang hidup, kuat dan teguh.
b. Hati-hati yang segar serta semangat berkobar-kobar.
c. Emosi-emosi yang membara dan menggelora.
d. Ruh-ruh yang memiliki sikap optimis serta melihat jauh ke depan yang merindukan wujudnya nilai-nilai dan tujuan-tujuan yang mulia."

Maka oleh sebab itu, setiap ucapan, gerakan dan tindakan seorang aktivis yang telah bergabung dalam dakwah ini mesti benar-benar mencerminkan nilai-nilai Islam dan mesti mampu menjadi tarikan Islam di tengah-tengah masyarakatnya.

Ya Allah, bantulah kami untuk kami mampu merealisasikan tiga misi utama kehadiran kami di dunia ini. Jadikanlah kami pemikul-pemikul risalahMu yang menerangkan kepada seluruh manusia akan keunggulan risalah Islam ini, memimpin dunia dan membimbing manusia untuk menerapkan sistem Islam dalam setiap aspek kehidupan manusia.